Thursday, 7 January 2016

Kisah Jaga Syurga Kamu Pesan Nenek

Tags

LULUH hati bila terbaca kisah seorang nenek tua yang dilayan seperti satu objek atau sampah seolah-olah langsung dirinya tiada harga diri. Ini terjadi pada nenek kepada seorang menantu dan anak lelakinya sendiri menganiayai seorang ibu dan juga merupakan seorang warga emas yang tidak dapat menerima kehadiran dan tidak selesa kewujudan nenenk di rumahnya.

Satu perkongsian cerita yang amat menyentuh perasaan sehingga menitiskan air mata oleh seorang wanita bernama Juliana Edgar di laman sosial facebook beliau turut dirasa oleh semua yang membaca kisah nenenk ini.

Persoalannya, dimana nilai kasih sayang seorang anak? Apakah sanggup membiarkan ibu sendiri kelaparan? Sekadar kesilapan terkencing atas katil, rambut banyak gugur itu sudah menjadi lumrah kehidupan apabila menjaga si warga tua ini. Sifat kesabaran yang tinggi amat diperlukan.

Kecewa rasa hati bila mengenangkan masih ada manusia berhati kejam seperti ini. Peringatan kepada semua, sayangi dan hargailah ibu bapa anda. Pengorbanan dan kasih sayang yang mereka bagi tidak ternilai harganya. Sayang dan jaga lah mereka bagai menatang minyak yang penuh. Hargailah orang tersayang selagi masa masih ada.

P/S : Sedarlah wahai manusia, SIAPAKAH yang membesarkanmu waktu kamu kecil ??

Kredit Facebook Juliana Edgar

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon