Wednesday, 6 January 2016

Kisah Ipeng Bersama Beg Lusuh Menyentuh Hati Dan Perasaan Nitezin

Tags

MUNGKIN kita tidak pernah lalui kisah sedih seperti seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Karakit, Pulau Banggi, Sabah yang digelar Ipeng di laman sosial. Setelah kisah beliau disebarkan oleh seorang insan yang sangat berhati mulia untuk membantu dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh adik yang berhati cekal dan bersemangat untuk datang ke sekolah demi menuntut ilmu.
Menurut sumber Facebook Abdul Hafiz, Ipeng merupakan seorang anak yatim setelah kematian ibunya. Ipeng dipercayai masih mempunyai bapa namun hilang tanpa khabar berita setelah kematian isterinya. Ipeng kini tinggal bersama-sama neneknya yang tidak mampu lagi untuk menyara cucunya setelah diberhentikan kerja sebagai tukang sapu sampah. Kedaifan hidup ipeng tidak dapat digambarkan betapa sedihnya setiap netizen yang membaca perkongsian cerita melalui gurunya sendiri, iaitu Abdul Hafiz.
Dikala kanak-kanak lain yang seusia dengannya mungkin bahagia dan mempunyai segala kesenangan serta kelengkapan untuk pergi ke sekolah, tetapi tidak bagi Ipeng yang cuma berbekalkan satu beg lusuh dan sebuah buku tulis untuk dibawa bersama. Beg lusuh yang dibawa itu diguna sejak zaman tadika hingga sekarang dek kerana tidak mampu untuk membeli yang baru. Ipeng hanya mengharapkan makanan daripada RMT disebabkan kesempitan hidup dilalui beliau tidak pernah membawa wang perbelanjaan dan hanya mengikat perut.
Tidak tertanggung beban yang dipikul oleh ipeng untuk usianya yang masih bergelar kanak-kanak, yang masih tidak tahu apa itu erti kehidupan. Namun, kedaifan yang dialami membuatkan Ipeng sangat menghargai setiap nilai wang yang diterima.
Sama-samalah kita warga Malaysia menyumbang sedikit bantuan kepada Ipeng dan neneknya. doa kesenangan buat ipeng dan sekeluarga juga diiring bersama oleh kesemua rakyat Malaysia dan semoga Ipeng terus tabah dan berjaya dalam mengharungi dugaan dalam kehidupan. Kerjasama serta bantuan anda semua amat dihargai.

P/S : Bersyukur pada ilahi ramai sangat yang membantu. Semoga dimurahkan rezeki adik ipeng.

Sumber dari Abdul Hafiz

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon