Friday, 8 January 2016

Ketua Polis Negara Arah Siasat Penyebar Gambar Menghina Perdana Menteri

Tags

VIRAL kini di laman sosial apabila seorang pemilik facebook telah memuat turun satu gambar yang mengaibkan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib.

Tujuannya pastilah untuk mejatuhkan Perdana Menteri dan merendahkan maruah pemimpin negara kita. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan dibuat terhadap seorang pengguna Internet yang memuat naik gambar mempersenda Perdana Menteri.

Dalam tweet beliau, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menjalankan siasatan terhadap penyiaran gambar biadap itu.

Gambar itu memaparkan gambar wajah Datuk Seri Najib Razak yang disunting seakan-akan gambar pengasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Seri Hasmiza Othman.

Ia memaparkan Najib memakai tudung hijau dengan isyarat jari seperti gaya popular Hasmiza ketika mempromosikan produknya.

Khalid mengarahkan siasatan itu setelah seorang pengguna di Twitter meminta beliau mengarahkan tangkapan terhadap penyebar gambar itu.

Pengadu yang menggunakan DJStarscreamx itu turut mengetengahkan gambar lain yang mengejek Najib.

Gambar itu memaparkan dialog kononnya dinyatakan Najib: “Qu Samun, Qu Samun, barulah penyamun”.

Ia mengajuk ungkapan popular Hasmiza ketika mempormosikan barangannya yang berbunyi: "Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih”.

Hasmiza kini sedang popular susulan hasratnya menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan mengenakan syarat stadium pasukan itu diwarnakan merah jambu.

Semakan di laman twitter juga mendapati pengadu bernama Fariz Bin Abd Aziz telah membuat report polis berkenaan gambar ini yang dilihatnya disebarkan di laman Facebook.
P/S : Jangan terlalu melampaui batas mengaibkan seseorang. Ingatlah beliau masih memimpin negara kita.

Sumber: Belia Bangkit

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon