Thursday, 7 January 2016

Kesan Buruk Biarkan Anak Anda Duduk Seperti Ini

Tags

MUNGKIN kita fikir tidak ada masalah jika anak kita duduk seperti ini kan ? Disini malaysiaviralstory akan terangkan kesan buruk kepada anak kita jjika kaki lipat kebelakang seakan-akan bentuk W ketika bermain di atas lantai.

Ia dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun kebawah, tapi sekiranya anak anda berada dalaam keadaan itu dan selalu mengamalkan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

Kenapa Cara Duduk W Bahaya Pada Anak?

Cara duduk ini akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.
Bila anak duduk dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi.Sebaliknya mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini. Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak hinggga boleh mengundang masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.
Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.

Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan. Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

P/S: Semoga dijadikan panduan untuk pembaca di luar sana.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon