Friday, 8 January 2016

Kenyataan Dr. Maza Isu Bauksit Dan Vape

Tags

KINI menjadi trending di laman sosial apabila perbualan banyak yang berkisarkan tentang permasalahan isu pengHARAMAN Vape di seluruh negeri dan juga yang terbaru tentang Bauksit yang melanda di negeri Pahang yang sangat kritikal apabila air dicemari dengan teruk dan perlu diambil tindakan dengan kadar segera.

Dibawah malaysiaviralstory kongsikan kenyataan yang dibuat oleh seorang Doktor yang terkenal dan tidak asing lagi bagi nitezin yang berada di Malaysia iaitu Dr. Maza yang mengulas isu-isu tersebut.

Kenyataan Dr. Maza Isu Bauksit Dan Vape Di Malaysia

Saya telah keluarkan kenyataan saya tentang isu bauksit di Pahang. Apabila saya lihat aktiviti tersebut telah mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan, saya rasa sedih dan dukacita.

Bila isu vape timbul, JAKIM telah menjemput semua mufti bersidang khas untuk isu itu. Semuanya dijemput datang dari negeri masing-masing. Maaf, saya tidak hadir tetapi menghantar wakil. Di media massa,tokoh-tokoh agama juga berbual 'sakan' tentang isu vape yang boleh membahayakan penghisapnya. Kelihatan ustaz-ustaz bersemangat menentang vape. Tidak mengapa. Ma sha Allah.

Cuma, alangkah baiknya, jika isu bauksit ini diberikan perhatian yang lebih daripada isu vape itu. Bahaya isu bauksit ini lebih dari vape. Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?! Apakah pandangan agama hanya untuk rakyat bawahan sahaja, tetapi 'sunyi' segala dalil apabila membabitkan urusan atasan?!

Saya bimbang generasi muslim yang cerdas berfikir dan golongan bukan muslim akan salah faham terhadap Islam disebabkan sikap kita yang sebegini.

Islam itu akan indah jika ia melepasi batasan kepentingan 'orang agama' dan penguasa. Namun ia akan kelihatan tidak indah jika dikendalikan secara tidak seimbang.

P/S : Semoga isu-isu seperti ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon