Tuesday, 19 January 2016

Kejam Bapa Goncang Bayi Sampai Mati

Tags

VIRAL di laman sosial apabila seorang bapa bertindak menggoncang bayi perempuan berusia lima bulan sehingga mengakibatkan MATI kerana terlalu marah kerana bayi tersebut tidak berhenti-henti menangis.

Tomas Driukas, 26, didakwa menyebabkan anaknya, Deimante Driukite mengalami kerosakan otak yang serius dan dikesan mempunyai 26 keretakan tulang lapor Harian Metro.

Bayi malang itu dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Birmingham pada pagi 1 April lalu kerana kesukaran bernafas.

Deimante yang dilahirkan tidak cukup bulan disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat di hospital.

Bedah siasat mendapati kematian tragik Deimante berpunca daripada pendarahan otak dan mata.

P/S: Mohon tindakan yang setimpal dikenakan pada bapa yang tidak bertanggungjawab ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon