Thursday, 14 January 2016

Kartun Charlie Hebdo Hina Kanak-Kanak Syria Mati Lemas

PARIS - Majalah kartun satira Perancis iaitu Charlie Hebdo telah menimbulkan kontroversi sekali lagi yang mana menlontarkan penghinaan keaatas gambar Aylan Kurdi, kanak-kanak Syria yang ditemui mati lemas sebagai seorang pencabul.

"Apakah akan jadi kepada si kecil Aylan jika dia membesar? (menjadi) pencabul di Jerman," kata kapsyen kartun tersebut.

Menurut Al-Jazeera, kartun tersebut dibuat selepas timbul kes pencabulan di Cologne, Jerman baru-baru ini yang didakwa dilakukan oleh migran, termasuk pelarian Syria.

Kartun tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai dan warga maya kini mengecam majalah berkenaan.
"Tidak berhati perut dan rasis!" kata wartawan, Hala Jaber di laman Twitter.

"Chalie Hebdo menggunakan alasan kebebasan bersuara untuk menjadi racis dan kurang ajar," kata Chris Taylor.
P/S : Usahkan menimbulkan isu seperti ini wahai orang-orang kafir yang suka melihat kekejaman.

Sumber : Sinarharian

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon