Thursday, 7 January 2016

'Jika Dimasuki Perompak Menggunakan Pisau Kecil, Kita Tidak Boleh Lawan Dengan Pisau Besar'

Tags

SATU Kisah yang kecoh di laman Facebook yang telah mengatakan bahawa individu yang rumahnya dimasuki pencuri atau perompak tidak boleh dibunuh meskipun penjenayah itu mempunyai pisau kecil.

Status yang dimuat naik oleh Faisal Hamdi itu, memetik dari kenyataan temubual bersama peguam, Datuk Haaziq Pillay bersama Ally Iskandar dalam tajuk ' Mempertahankan Diri Dari Ancaman' di rancangan Malaysia Hari Ini.
Justeru, perkongsian itu menerima reaksi negatif dari netizen yang menganggap institusi kehakiman terlalu mengutamakan perkara teknikal.
"Teknikal sangat mereka ni, nak ikut manual sangat. Dalam situasi yang panik, macam-macam boleh terjadi," kata Kamal Rabah.
"Nanti perompak datang, kena interview dulu dan tanya mereka datang untuk apa, nak apa, bawa pisau kecil atau pisau besar ke, saiz pisau berapa, ada niat nak membunuh tuan rumah ke tidak," sindir Noor Asyikin.
Netizen juga mengecam Datuk Haaziq Pillay meskipun penjelasan terperinci telah diberikan dalam program itu.

Menurut Datuk Haaziq, Undang-undang memperuntukkan setiap rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan harta mereka daripada ancaman dari pihak tidak bertanggungjawab. Tetapi ada beberapa sekatan-sekatan yang perlu diambil kira.
Tonton penjelasan penuh beliau di Tonton.com.my, Malaysia Hari Ini episod 4.

Menurut beliau, netizen tidak sepatutnya memberikan komen yang tidak berasas mengenai kes-kes seperti ini di laman Facebook. Ini kerana mereka tidak tahu apa bukti yang ada pada pihak penyiasat dan pihak pendakwaan.

Kredit : Mungkin biar hilang nyawa dulu baru boleh lawan kan kan.

Rujukan: Thehypemedia

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon