Sunday, 31 January 2016

Jawapan Arab Saudi Dakwaan Derma RM 2.6 Billion Kepada Najib

Tags

KINI menjadi tanda tanya rakyat dari Malaysia yang mana pihak Arab Saudi di dalam Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.

Menurut laporan The Wall Street Journal(WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.

Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini lapor Malaysiakini.
Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013.

Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu.

Sumber : Malaysiakini

P/S : ALHAMDULILLAH.. Malaysia masih aman..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon