Sunday, 24 January 2016

Jadual Penuh Liga Super Bagi Kelantan FA 2016

Tags

SEPERTI tahun yang sebelumnya, peminat saingan Liga Malaysia pasti akan dihidangkan dengan beberapa kontroversi sebelum bermulanya liga. Dan ia tidak asing lagi dengan perpindahan pemain, pemilihan awang import, atau 'curi' pemain, isu-isu sebegini menghangatkan lagi arena bola sepak di tanah air.

Berlainan di kem Kelantan isu perpindahan pemain tidak lagi timbul, sebaliknya kehadiran syarikat kosmetik terkenal, Vida Beauty Sdn Bhd dengan tajaan jutaan ringgit menjadi bualan ramai. Malas nak cerita pasal syarat yang diletakkan pengasasnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Osman (Datuk Vida) sebab saya pasti semua orang dah tahu.

Format baru Liga M 2016

Difahamkan, format Liga M pada musim ini di mana Liga Super dan Liga Perdana akan berlangsung dari Februari hingga Oktober. Manakala Piala FA dan Piala Malaysia diadakan ketika liga sedang berlangsung. Ia mirip Liga Perdana Inggeris.

Waktu sepak mula tidak lagi pada pukul 8.45 malam, tetapi telah diubah kepada jam 9 malam. Selain itu Lions XII tidak lagi bersaing dalam Liga Malaysia pada tahun ini.

Rata-rata penyokong menaruh harapan tinggi terhadap pasukan masing-masing khususnya penyokong Kelantan atau yang kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP-TRW) yang bakal menikmati stadium berwajah baru tidak lama lagi.

Jadual Penuh Liga Super Bagi Kelantan FA 2016
P/S : Sama-sama kita kongsikan info terkini, semoga ia bermanfaat pada pembaca.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon