Friday, 1 January 2016

Ibu Gadis Diculik Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Tags

SEBAGAI seorang ibu yang telah melahirkan seorang anak, tiada apa yang diharapkan selain mengetahui keadaan anaknya dalam keadaan selamat dan sihat apabila hilang.

Begitulah jugalah yang dirasai oleh ibu gadis ‘culik’, Asmah Mamai, 33; yang meluahkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pihak polis yang telah berjaya menjejaki anaknya yang hilang.
Pada masa yang sama, Asmah turut memohon maaf kepada orang ramai sekiranya kehilangan anaknya ini telah memberi kesan negatif.
Menurut Asmah, berita penemuan anaknya diketahui kira-kira pukul 1 tengah hari Jumaat selepas dimaklumkan oleh pihak polis.

Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14; dilaporkan ditemui pihak polis berdekatan Stesen Minyak di Banting, Selangor kira-kira pukul 10 malam Khamis.

Hasil siasatan, remaja ini mengakui membuat panggilan palsu menyatakan konon dirinya diculik kerana ingin mengikut teman lelakinya dan mahu hidup bebas.

P/S : Sama-sama kita maafkan antara satu sama lain. Segalanya telah selamat. ALHAMDULILLAH

Kredit : mynewshub

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon