Thursday, 7 January 2016

Harga Donat Perisa Keladi Bersalut Emas Bernilai RM 440 Sebiji

Tags

IDEA manusia semakin hari semakin pelik sehingga terfikir untuk menghidangkan sebiji donat bersalut emas sebagai produk makanan terbaru mereka.

SATU restoran Manila Social Club dari Brooklyn yang berkonsepkan selera Filipina menghasilkan satu menu mewah untuk pelanggan dengan mengeluarkan satu donat bersalut emas. Mungkin bunyinya macam menarik, namun difahamkan donat tersebut ditabur dengan emping 24 karat emas yang masih boleh dimakan.

Apa rasanya ya?
Setelah dipantau menerusi Instagram Sosial Manila Club ini, konsep makanan yang disediakan oleh Cef Bjorn Delacruz sangat unik dan menarik . Menurut beliau, permintaan donat emas ini tinggi dan pelanggan diarahkan memesan 1 jam lebih awal untuk memastikan kualiti donat itu tidak terganggu.

Idea kreatif Cef Bjorn tercetus setelah beliau melihat satu menu yang istimewa di sebuah restoran di Brooklyn lantas terfikir untuk menghasilkan produk baru iaitu donat emas. Maka terhasil lah donat bersalut emas perisa keladi oleh beliau.

Persoalannya, sanggup ke korang semua nak beli donat yang berharga Rm 440 sebiji? Kalau donat ini dijual di Malaysia, agak-agak laku ke tidak? Mungkin harga donat ini tidak masuk akal, tetapi itulah realiti yang sedang hangat diperkatakan di media sosial mengenai donat emas ini.
P/S : Tidak berbaloi dengan harga..

Kredit Instagram Sosial Manila Club

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon