Friday, 22 January 2016

Gempar Hujan Ais Batu Di Shah Alam

Tags

PENDUDUK di sekitar Bukit Jelutong digemparkan dengan hujan batu yang melanda di kawasan itu kira-kira 10 minit pada petang semalam.

Kejadian tersebut mengundang panik dalam kalangan orang ramai yang berada di situ yang mengalihkan kenderaan bagi mengelakkan cermin kereta pecah ditimpa hujan batu sebesar syiling 20 sen.

Hujan batu turut menarik perhatian ramai apabila ada yang mengutip serta mengambil gambar ketulan ais itu.

Disamping itu, kakitangan loji percetakan The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Balai Berita 2 disini turut teruja melihat fenomena hujan ais batu itu.

Kakitangan NSTP, Norrasyidah Arshad, berkata ketika berada di kantin, beliau terdengar bunyi luar biasa sehingga menarik perhatiannya. “Saya melihat ada pekerja mengutip ketulan air batu kerana tidak mahu melepaskan peluang melihat fenomena alam yang jarang berlaku,” katanya.

P/S : Semoga dijauhkan segala bala bencana di Malaysia ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon