Saturday, 23 January 2016

Gambar Kereta BMW Langgar Lari Ditinggalkan Lebuhraya

Tags

SEBUAH kereta jenama BMW telah merempuh dan melanggar enam pejalan kaki menyebabkan tiga daripadanya maut di tempat kejadian dan kereta BMW tersebut ditinggalkan di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Pemandu kenderaan berkenaan dikatakan sudah dikenalpasti sebagai Seng Guan Chuan, 20-an, yang bertindak melarikan diri selepas kejadian.

Ketua Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, berkata BMW terbabit milik seorang perempuan berumur 51 tahun dari Jelutong, Pulau Pinang.
Pada kejadian awal pagi ini, tiga terbunuh termasuk wanita manakala tiga parah dirempuh BMW terbabit dalam kejadian di Jalan Sungai Besi.
Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 15 penganut Hindu yang berjalan dari Senawang untuk ke Batu Caves sempena Thaipusam apabila kemalangan pada 7.30 pagi.

Ahli rombongan, Bala Velusamy, 30-an berkata, ketika mereka sampai di lokasi kejadian, terdapat kereta datang dari arah bertentangan yang tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh enam rakannya.

Katanya, dia dan beberapa lagi rakan sempat mengelak daripada dilanggar dan kereta terbabit kemudiannya terus melarikan diri.

P/S : Seeloknya buat report polis jangan takut..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon