Wednesday, 13 January 2016

Gambar Jersi Johor Darul Takzim (JDT) Bagi Musim 2016

Tags

MUNGKIN anda menantikan pelancaran Jersi Baru Johor Darul Takzim bagi musim 2016 yang mana kita tahu Adidas menjadi sponsor kepada pasukan mewah yang mempunyai pemain-pemain berkualiti dan juga mempunyai stadium yang cukup lengkap dan antara yang terbaik di asia.

Pelancaran Jersi baru JDT ini akan juga diselit dengan sesi memperkenalkan pemain-pemain baru yang berhijrah ke pasukan JDT pada musim ini. Dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers, majlis pelancaran jersi baru JDT musim 2016 akan diadakan pada 16 Januari 2016.
Majlis Pelancaran Jersi Baru JDT Musim 2016

Buat peminat pasukan JDT (Johor Darul Ta'zim) berikut adalah maklumat terkini berkenaan dengan pelancaran jersi JDT 2016 :-

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengadakan majlis pelancaran jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim untuk musim 2016 pada hari Sabtu, 16hb Januari ini jam 8.45 malam bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor. Para penyokong Harimau Selatan dijemput hadir ke majlis tersebut bagi sama-sama memeriahkan serta menyaksikan rekaan jersi terbaru kelab bolasepak JDT. Pastikan anda tidak terlepas untuk menjadi sebahagian daripada penyokong terawal melihat jersi terbaru ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Info Penting

Tarikh
: Sabtu, 16 Januari 2016
Masa: 8.45 malam
Tempat: Dataran Bandaraya Johor Bahru

Untuk makluman, JDT akan mempunyai penaja jersi terbaru iaitu Adidas yang menggantikan Nike sebelum ini. Pasukan ternama yang memakai jersi Adidas termasuk Chelsea, Bayern Munich, Man United, Juventus dan Real Madrid.

P/S : Semoga JDT terus maju dan sukses kehadapan dan juga menaikkan lagi taraf Liga Malaysia pada tahun 2016.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon