Monday, 25 January 2016

Gambar Fenomena Air Pasang Besar Sekitar Kelantan

Tags

KOTA BHARU - Amaran terbaru dari pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) agar penduduk di persisiran pantai perlu bersiap sedia menghadapi air pasang besar di dua persisiran pantai utama di kelantan iaitu Tok Bali dan Genting.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir Shahimi Sharif berkata, jangkaan pasang surut laut dibuat berdasarkan Jadual Pasang Surut Air Laut yang dikeluarkan Jabatan Laut.
Keadaan itu menunjukkan kebimbangan rakyat Kelantan terhadap berlakunya banjir tahun ini masih belum berakhir berdasarkan ramalan air pasang besar dijangka boleh berlaku bermula 25 Disember hingga 28 Disember ini.

Ir Shahimi berkata, paras air pula bergantung kepada amaran angin ribut dikeluarkan Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa termasuk di laman sosial, manakala bacaan pula dikawal Jabatan Laut.
Bagaimanapun katanya, selepas tiga hari, aliran tiba di muara sungai dan bertembung dengan pasang tinggi, jika aliran tersekat dan melimpahi tebing sungai, barulah berlaku banjir.

Sementara itu, berdasarkan laman sesawang Jabatan Meteorologi, di Kelantan diramalkan mendung pada waktu pagi dari 29 Disember, manakala dijangka hujan di satu dua tempat pada waktu petang, juga diramalkan mendung atau hujan pada waktu malam sehingga 2 Januari ini.

Bagaimanapun, sumber Jabatan Meteorologi berkata, berkemungkinan berlaku hujan lebat pada 31 Disember ini, namun pihaknya akan mengeluarkan amaran jika ramalan itu berlaku.

Sumber : SinarHarian

P/S : Sama-sama kita doakan keselamatan mereka semua di sana

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon