Monday, 25 January 2016

Datok Vida Sedia Pulangkan Duit Pelanggan Menggunakan Produk Qu Puteh Yang Diharamkan

Tags

KINI hangat diperkatakan di laman sosial apabila salah satu produk jenama Vida Beauty iaitu Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dikesan menggunakan bahan merkuri yang membahayakan pada kulit muka. Namun Datok Seri Vida bersedia untuk memulangkan kembali wang pembelian produk tersebut kepada pelanggan yang telah membelinya.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd berkata pelanggan yang sudah membeli Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block boleh berjumpa pengedar atau hadir ke pejabat syarikatnya.
Hasmiza menarik balik dua produk itu di pasaran selepas Kementerian Kesihatan di Malaysia dan Brunei mendapati ia mengandungi merkuri.
Malaysia mengharamkan penjualan Qu Puteh Whitening Pro 9 selepas ujian mendapati krim pemutih ini mengandungi paras merkuri atau raksa yang tinggi. Sementara Brunei pula melarang dua krim jenama itu, termasuk Qu Puteh Whitening UV Block, diimport dan dijual di negaranya. Dihubungi semalam, Hasmiza menggesa pelanggan tidak bimbang menggunakan keluarannya.
P/S : Ini baru betul orang berniaga kan kan..SALUTE DATOK SERI VIDA.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon