Friday, 29 January 2016

Cara Mudah Elak Pintu Rumah Dipecah Masuk Pencuri

Tags

SANGAT mudah cara yang diajar oleh saudari Mariana Harrison untuk membantu anda supaya rumah tidak dipecah masuk perompak. Ada baiknya kita bersedia dari sebarang kemungkinan sungguhpun ia sesuatu perkara yang kecil.

Inilah yang dilakukan oleh saudari Mariana Harrison dimana ingin berkongsi kepada netizen tentang tips penting yang tidak pernah kita ambil peduli sebelum ini.

Semoga dengan perkongsian ini memberi panduan dan manfaat kepada pembaca.
Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya.
"Ayah datang ke rumah saya dan tukarkan skru untuk saya sebaik sahaja saya berpindah masuk ke rumah baru tersebut."
Ini adalah tips keselamatan yang anda tidak pernah terfikirkan. Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci. Ini membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sahaja.
APA KEBAIKANNYA ?

Ayah gantikan skru itu dengan panjang 4 inci agar si penyamun sukar nak menendang pintu rumah mangsanya. Memang boleh ditendang, tetapi ia akan mengambil masa yang lama dan juga tenaga yang banyak untuk berbuat demikian. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.

Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai 'alarm' kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.

Perkongsian bermanfaat ini adalah nukilan dari saudari Mariana Harrison yang dikongsikan di Facebook beliau.

P/S : Harap menjadi panduan buat pembaca-pembaca semua.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon