Friday, 22 January 2016

Antara Produk Vida Beauty Diharamkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Tags

KECOH di laman sosial apabila salah satu produk yang dikeluarkan oleh Jutawan Kosmetik iaitu Dato Seri Vida telah diharamkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mempunyai bahan terlarang merkuri. Umum kita tahu, Dato Seri Vida yang popular dengan tag linenya 'Qu Puteh, Qu Puteh, Baru la puteh' kini berjaya memenangi hati nitezin Malaysia dengan produk yang paling laris di Malaysia pada masa kini.

Orang ramai diminta tidak risau untuk menggunakan produk Vida Beauty Sdn Bhd selain Whitening Pro 9 yang ditarik jualannya dari pasaran.

Pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata, produk berkenaan akan diteliti pihaknya selain mengakui akur dengan arahan Kementerian Kesihatan terhadap jualan Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh UV Block berkenaan.

APA KATA DATO SERI VIDA ?
Dr Vida mengulas larangan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak membenarkan lagi Whitening Pro 9 dijual.
Kata Dr Noor Hisham, larangan terbabit dikeluarkan selepas produk berkenaan telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

Selain Malaysia, The Times Brunei turut melaporkan, Kementerian Kesihatan Brunei juga mengharamkan penjualan produk kosmetik krim Whitening Pro 9 Qu Puteh dan produk kosmetik Whitening UV Block Qu Puteh, dan produk ketiga yang dinamakan Chantique Beauty Slimming Herbal.

Sebelum ini, Dr Vida menggemparkan dunia bola sepak negara dengan tajaan RM16 juta kepada pasukan Liga Super The Red Warriors (TRW). Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa juga dilaporkan berkata, tajaan itu juga bukan hanya tertakluk kepada bayaran gaji pemain semata-mata.

Jelasnya, ia turut melibatkan perancangan pemilik Dr Vida sendiri dalam pembangunan bola sepak di Kelantan.

P/S : Mungkin ada orang yang ingin sabotaj atau menjatuhkan Dato Seri Vida. Kami sentiasa bersama anda DSV..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon