Friday, 29 January 2016

Aduan Masalah Pembayaran BR1M 2016

Tags

KINI pembayaran BR1M untuk fasa pertama sudah mula dikreditkan ke akaun bank pemohon masing-masing mulai 26 Januari 2016. Manakala untuk semakan status permohonan BR1M 2016 ia hanya boleh disemak mulai 28 Januari 2016.

Untuk pemohon yang masih belum menerima bantuan ini, Berikut kami kongsikan cara untuk melihat status anda samada layak untuk menerima bantuan tersebut atau sebaliknya.
Semakan status terlebih dahulu menerusi https://ebr1m.hasil.gov.my

Contoh Status Semakan BRIM:-

Diterima: Permohonan Telah Didaftar
Dalam Proses: Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
Ditangguhkan: Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
Lulus: Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
Tidak Lulus: Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
Status Kredit Tidak Berjaya: Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Contoh Semakan Status BR1M 2016 Sedang Dalam Proses

Jangan risau kerana permohonan anda sedang dalam proses dan pembayaran akan dibuat tidak lama lagi.
Contoh Semakan Status BR1M 2016 Lulus Sudah Masuk Akaun
Tahniah, pembayaran BR1M 2016 sudah pun dikreditkan ke akaun bank anda.

Masih lagi gagal menerima BR1M 2016? Sila semak status kewangan anda terlebih dahulu. Sama ada anda layak atau tidak menerima BR1M 2016.

Punca Kenapa BR1M 2016 Gagal Dan Tidak Berjaya

1. Memberikan maklumat palsu kepada LHDN untuk memohon BRIM
2. Tidak melepasi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan untuk menerima BRIM
3. Tidak pernah mengemaskini BR1M
4. Merupakan seorang pelajar IPTA/ IPTS yang menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
5. Tidak kemaskini status perkahwinan
6. Memberikan nombor akaun bank yang salah atau menggunakan akaun bank pemohon lain

P/S : Marah najib kalau br1m xmasuk..HAHAHA

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon