Wednesday, 6 January 2016

5 Tempat Satay Terbaik Yang Wajib Anda Singgah Di Kuala Lumpur

Tags

SATAY adalah makanan yang sangat istimewa sebagai pengganti nasi untuk manusia terutama di Malaysia. Mungkin anda tertanya-tanya dimana paling best satay yang terletak di Malaysia untuk dijadikan santapan dan menjamu selera. Disini kami senaraikan 5 tempat satay terbaik yang wajib anda singgah di kawasan ibu kota Kuala Lumpur. Zarghhh~~

1) Satay Kajang Haji Samuri

Siapa yang tidak kenal dengan Satay Kajang? Sebut sahaja sate Kajang atau nama rasminya Satay Haji samuri pastu semua akan bercakap mengenai keenakan Satay tersebut. Semua orang tahu bahawa Kajang terkenal dengan Satay Kajang Haji Samuri Satay daging dan ayam merupakan menu yang wajib dipesan setiap kali orang ramai berkunjung ke restoran itu. Daging yang dihadangkan kurang lemak dan orang ramai sememangnya berpuas hati dengan Satay daging ini ditambah pula dengan kuah kacang yang pekat serta bercampur sedikit dengan lada sambal di atas menambahkan lagi selera keenakan sate tersebut. Selain Satay, terdapat juga pelbagai makanan lain seperti mee goreng, nasi goreng, bihun sup, dan banyak lagi!

2) Satay Station
Satay station juga merupakan antara sate yang terkenal di Kuala Lumpur. Ukuran Satay yang besar dan sedap ini pastu akan membuatkan anda berasa kenyang sehingga keesokan harinya. Satay yang disediakan mempunyai sedikit lemak dan bagi mereka yang lebih menyukai sate yang diisi dengan lemak boleh berkunjung di satay station.
3) Satay Ismail
Satay Ismail menyediakan ketulenan sebenar isi Satay yang manis, lembut dan Satay Ismail menawarkan hanya dua jenis daging iaitu daging lembu dan ayam. Walau bagaimanapun, hati ayam dan daging lembu juga disediakan bagi mereka yang menghargai bahagian dalam daging ini. Satay yang agak manis dan dimakan bersama-sama dengan kuah kacang manis dan pedas.

4) Warong Aji-Don Alley
Warong Aji di Don Alley di Sri Hartamas menyajikan hidangan Melayu lazat dalam persekitaran penjaja yang bagus dan bersih. Persekitaran yang bagus dan menjadi keutamaan bagi penjajaj sate ini. Selain Satay, pelbagai jenis makanan tempatan yang lazat juga disediakan. Sate di sini juga dicari oleh penduduk tempatan dan ekspatriat. Berpasangan Satay anda dengan char kuay teow, mi rebus, tauhu bakar, popiah dan wafel untuk menamakan beberapa! Sisi plus ini semua adalah bahawa segala-galanya adalah halal!

5) Satay Sri Melaka
Jika anda teringin untuk makan satay yang berlemak dan pasti kelembutan daging itu cair di mulut, Satay Sri Melaka pasti tidak akan mengecewakan! setiap kepingan daging yang dibalut pada setiap batang adalah benar-benar besar. Semua yang ada di sini penuh dengan rasa!

P/S : Selamat mencuba satay-satay di atas.

Kredit : sajakongsi

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon