Monday, 18 January 2016

10 Sebab Kenapa Lelaki Sukakan Perempuan Pendek

Tags

PASANGAN berhak untuk memilih pasangan sama tinggi atau pendek dan tinggi. Namun disini penulis ingin kongsikan antara sebab kenapa lelaki sukakan perempuan pendek. Ada juga yang sukakan wanita yang berkulit cerah dan ada yang sukakan wanita berkulit sawo matang.

Tapi dari segi ketinggian pula macam mana? Kalau ikutkan saiz ketinggian wanita Asia, kebanyakannya pendek-pendek.

Tapi, wanita yang pendek jangan rasa rendah diri. Anda kena tahu, wanita pendek ni sangat menarik di mata lelaki.

1. Mereka comel sangat
Tak dinafikan perempuan pendek lebih comel. Lagi-lagi kalau mereka sedang marah atau dikacau.

2. Sentiasa nampak muda dari usia sebenar
Ramai akan fikir pasangan anda berumur 17 tahun, sedangkan dah 28 tahun. Sentiasa awet muda gitu!

3. Mudah nak beli pakaian
Senang nak dapatkan saiz baju atau seluar, termasuk kasut sebab size mereka sentiasa ada. Kalau tak jumpa boleh cari di tempat kanak-kanak.
4. Setia pada pasangan
Kajian mendapati, mereka yang pendek atau rendah akan lebih setia pada pasangan dan hubungan cinta.

5. Jimat duit untuk makan
Kenapa jimat kalau kahwin dengan wanita pendek? Orang berbadan kecil ni tak makan banyak. Kan dah jimat tu!

6. Rasa comel bila cium wanita pendek
Cium gadis yang rendah memang cute, lagi-lagi bila kena menjingkit kaki. Ini untuk suami isteri je harap maklum!!

7. Mereka selalu bersiap cepat
Suami boleh kongsi cermin untuk bersiap, tak perlu la nak tunggu turn kan?

8. Boleh pakai high heels
Wanita tinggi tak boleh pakai high heels? Bukan tak boleh, tapi nanti terlebih tinggi dari suami pulak. Wanita pendek tak ada masalah nak pakai high heels berinci-inci!
9. Senang nak dukung
Wanita pendek ni lebih ringan. Jadi si suami senang la nak dukung, tak ada la patah pinggang.

10. Senang nak peluk
Suami senang nak peluk isteri yang pendek, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi.

P/S : Penulis pun minat pada perempuan yang pendek =)

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon