Wednesday, 9 December 2015

Wanita Hamil Amuk Hancurkan Kereta Suami Curang

Tags

ISTERI mana yang tidak kecewa apabila melihat si suami keluar dengan gadis lain dan beliau juga sedang sarat mengandung melahirkan seorang cahaya mata buat suami yang telah berlaku curang keatasnya. Seorang wanita Brazil yang sedang hamil memusnahkan kereta suaminya selepas mendapati lelaki itu mempunyai perempuan simpanan.

Pada mulanya dia memecahkan cermin sehingga hancur dan berlegar-legar di sekitar kereta suaminya.

Dia yang sarat mengandung kemudian melompat ke atas bumbung kereta dan akhirnya, membaling batu ke arah tingkap belakang kenderaan berkenaan.
Insiden yang dirakam oleh penonton di tempat kejadian, menunjukkan wanita itu mengamuk selepas mendapati suaminya bersama dengan wanita lain yang dipercayai perempuan simpanan.

Si suami dan wanita ketiga itu, dikatakan sedang makan tengah hari di sebuah restoran ketika ‘kantoi’. P/S : Janganlah engkau mainkan perasaan apabila sudah membina rumahtangga. Setia pada yang satu.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon