Friday, 25 December 2015

Tindakan Mulia Seorang Pramugari Menyentuh Hati Dan Perasaan

Tags

MULIANYA hati seorang pramugari yang telah menyuapkan makanan pada seorang penumpang kurang upaya menyentuh hati dan telah menjadi viral pada laman sosial. Gambar ini dimuat turun dari laman web dari china yang mana kita dapat melihat pramugari tersebut menyediakan makanan lalu menyuapkan makanan kepada seorang penumpang.
Menyaksikan pramugari Fan Xuesong berlutut untuk memberi makanan kepada seorang lelaki berusia 71 tahun yang bernama Encik Niu itu membuatkan penumpang lain terharu dengan kebaikan yang dilakukan oleh Pramugari tersebut. Menurut sumber, En Niu merupakan seorang Professor perubatan yang sudah bersara dan tidak mampu lagi untuk memegang sudu malah berkerusi roda akibat lumpuh disebabkan strok.
Encik Niu terpaksa dipindahkan ke kabin baris pertama agar mempunyai lebih banyak ruang dan masa yang lebih mudah untuk ke bilik air. Manakala, isteri beliau terpaksa duduk berpisahan dengan Encik Liu untuk menjaga anaknya yang lain.

Pramugari Fan menyedari kesukaran Encik Liu untuk makan makanan yang disediakan lantas membantu dengan menyuapkan beliau. Rasa belas kasihan Pramugari Fan terhadap kesukaran yang dihadapi membuatkan Encik Liu berasa dirinya begitu dihargai dan menyebabkan beliau tidak dapat menahan air matanya.
Penumpang lain yang melihat kejadian itu sempat mengambil gambar dan terus memuat turun ke Weibo dimana ianya merupakan satu aplikasi seperti Twitter yang akhirnya dikongsi oleh jutaan orang ramai yang melihat gambar tersebut.

P/S : Semoga menjadi pengajaran buat kita semua untuk membantu orang yang berada di dalam keadaan yang tidak mampu melakukan apa-apa.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon