Wednesday, 16 December 2015

Tarikh Bonus Dan Dividen ASB 2015 Diumumkan

Tags

UMUM yang kita tahu individu yang menyimpan wang simpanannya di dalam akaun ASB akan menerima habuan atau bonus tahunan yang diberikan oleh pihak ASB dengan kadar keuntungan yang begitu banyak. Rata-rata individu gembira menggunakan kaedah menyimpan wang simpanan menggunakan akaun ASB. Berita yang kami telah terima pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) secara rasmi telah mengumumkan penangguhan urusniaga ASB (Amanah Saham Bumiputera) mulai 24 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016 bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015.

Oleh itu, pengumuman rasmi kadar Dividen dan Bonus ASB 2015 dijangka akan diumumkan keluar pada Khamis 17 Disember 2015 atau selewatnya sebelum 24 Disember 2015. Manakala pembayaran atau pengagihan ASB akan dikreditkan ke akaun pengguna mulai 5 Januari 2016.

Tarikh Rasmi Dividen ASB 2015 Diumumkan Keluar

* Akan diumumkan keluar dijangka pada Khamis 17 Disember 2015 atau selewatnya sebelum 24 Disember 2015

Tarikh Pembayaran Pengagihan ASB 2015

* Akan diagihkan ke akaun pengguna pada 5 Januari 2016

Kronologi Kadar Dividen ASB Amanah Saham Bumiputera

* 2015: Akan diumumkan
* 2014: 7.50 Sen , Bonus 1.00 Seunit
* 2013: Dividen 7.70 sen seunit, bonus 1.00 sen
* 2012: Dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen
* 2011: Dividen 7.65 Sen, bonus 1.15 sen

P/S : Harap Bonus ASB semakin meningkat pada tahun 2015 ini.

Kredit : melvister

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon