Friday, 18 December 2015

Sultan Johor Tegur Pengunjung Dan Ajak Makan Bersama

Tags

SEORANG yang sangat peramah dan tidak sombong dengan gelaran yang dipegang ia adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini sekali lagi mencemar duli untuk bersantap pagi di Restoran Muar Soup House di Jalan Sisi di sini.

Baginda pagi ini telah datang ke restoran berkenaan menaiki kenderaan rasmi kira-kira jam 7 pagi di mana kelihatan tuanku terus menegur beberapa orang pengunjung dan menjemput mereka makan.

Sultan Ibrahim pagi ini segak berbaju kemeja dan bersongkok telah memesan roti canai garing, samosa, kari kambing dan teh tarik ais kurang manis. '
Hadir sama menemani baginda ialah Pegawai Daerah Muar, Ramlee A Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Jamaluddin A Hamid dan beberapa rakannya.

Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit dan beramah mesra dengan pengunjung serta bergambar bersama mereka sebelum berangkat pulang ke Istana Tanjung.

P/S : Seribu dalam satu nak jumpa orang seperti ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon