Friday, 18 December 2015

Siapakah Sebenarnya Suami Kepada Adira ?

Tags

DESAS desus yang mengatakan Adira telah berkahwin dengan seorang datuk dan juga ahli perniagaan yang tersohor yang berpengkalan di Malaysia. Namun adira lebih mahu mendiamkan diri dan tidak menghebohkan berita pekahwinannnya. Siapakah sebenarnya identiti suami Adira? Mungkinkah Adira telah berkahwin dengan seorang Datuk?

Status penyanyi, Adira, 24, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi kini menjadi tanda tanya apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook (FB)nya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Wanita itu pada mulanya memuat naik gambar dia dan Adira serta membuat kenyataan ‘with sister’ sebelum menerima pertanyaan daripada rakan FBnya di ruangan komen lapor Harian Metro.

Datin Red kemudian menjawab pertanyaan itu dengan mencatatkan ayat ‘Sekarang kami share (berkongsi) suami’ dan turut memaklumkan reda dengan apa yang berlaku.
Difahamkan suami Datin Red bergelar Datuk dan ahli perniagaan.

Sementara itu, Adira turut memuat naik gambar sama di akaun Instagram miliknya semalam.

Rata-rata peminat Adira mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya meskipun menjadi isteri kedua.
"Semoga tabah menjadi isteri nombor dua. Banyakkan bertolak ansur," komen seorang peminatnya.
Difahamkan gambar berkenaan diambil semalam ketika Adira mengadakan persembahan pada acara pertunjukan fesyen Diandra Couture.

Sementara itu, Adira gagal dihubungi.

Kredit : Hmetro

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon