Thursday, 17 December 2015

Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 3 Sudah Diketahui Umum ?

Tags

SETELAH tamatnya Gegar Vaganza 2 yang dibarisi oleh penyanyi seperti Siti Nordiana yang muncul Juara Gegar Vaganza 2, menewaskan lima peserta lain iaitu Faradhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong Sweet Child dan Ezam Lazim sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100,00, pakej percutian, trofi dan juga peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.
Disebalik itu, belum lagi kehangatan Gegar Vaganza 2 habis, Kini sudah timbul pula ura-ura yang mengatakan senarai peserta yang akan menyertai Gegar Vaganza 3 sudah bocor. Senarai-senarai ini menjadi bualan peminat-peminat di laman media sosial dan juga forum hiburan, Cari.

Antara nama-nama yang disebut adalah :

1.) Zarul Umbrella
2.) Maya Matahari
3.) Bandi Amuk
4.) Zamani
5.) Tomok
6.) Misha Omar
7.) Zur Eda
8.) Francesca Peter
9.) Amelina
10.) Joey
11.) Toki
12.) Syura
Namun, tidak pasti sama ada benar atau tidak senarai yang tersebar ni. Tapi adakah anda bersetuju dengannya?

P/S : Harap Gegar Vaganza 3 semakin merancakkan ^_^

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon