Tuesday, 29 December 2015

Senarai Pemain Import Baru JDT Musim 2016

Tags

JDT telah membuat perubahan yang sangat besar pada bola sepak Malaysia yang mana kita tahu menyediakan fasiliti yang kemas dan baik. Ia juga diiktiraf di negara Asia yang menyediakan segala kemudahan dengan secukupnya. Sejarah JDT yang semakin hari menjadi perbualan hangat nitezin dimana pemain yang bertaraf bintang telah bermain untuk JDT dan dipegang oleh TMJ menjadi nadi utama buat pasukan tersebut.

Terbaru, pihak JDT telah memilih seorang import terbaru untuk diserapkan ke dalam pasukan untuk memperkuatkan lagi serangan JDT musim 2016. Bekas penyerang Terengganu, Paulo Rangel yang baru tiba di Johor telah disambut oleh penyokong Harimau Selatan di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada 29hb Disember 2015.
Beliau yang akan membantu meneraju bahagian serangan Johor Darul Ta'zim akan mula menjalani latihan dibawah kendalian Mario Gomez bersama para pemain pasukan JDT yang lain pada awal bulan Januari nanti. Semoga pengalaman beliau sebelum ini dalam kancah Liga Malaysia dapat membantu pasukan memperoleh lebih kejayaan pada masa akan datang. Selamat datang buat Paulo Rangel. Luaskan Kuasamu Johor.

Kata-kata Paulo Rangel Kepada Pasukan JDT
Kredit : JOHOR Southern Tigers

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon