Wednesday, 2 December 2015

Rakan Baik Yus Jambu Ceritakan Sebab Mengapa Yus Jambu Disayangi Ramai

Tags

HARI ini mungkin kita berada di atas tanah, Mungkin di hari ESOK tanah di atas kita pula, Semua manusia yang hidup bakal merasainya.. Walaupun Yus Jambu atau lebih dikenali sebagai Pak Yus telah pergi meninggalkan kita semua, ramai seakan masih tidak percaya. Tak kurang juga ramai dalam kalangan sahabat handai tidak henti-henti menceritakan tentang peribadi dan kebaikan beliau.

Yang pergi tetap pergi namun kisah benar daripada salah seorang rakan baik Pak Yus ini mencuri perhatian kami. Ini lah sebab kenapa allahyarham dirasakan cukup dekat dengan kita walaupun mungkin tidak pernah bersua muka.

“Takdak duit nak hidup, habaq kat aku”

Pada yang ingin mengenali peribadi Arwah Pak Yus.

Bacalah dengan nama Allah.
Tapi, apakan daya, kehendak Allah. Saya terkilan. Arwah pernah mintak saya buatkan dia satu lagu raya versi Reggae. Saya siapkan, tapi tak sempat utk proses rakaman. Katanya, “aku nak lagu ni, aku nak rap duo dgn Waris”. Tersenyum saya ketika itu. Saya terkilan. Tak sempat membalas segala jasa baik Arwah ketika dia masih bernafas. Hanya mampu membalas ketika dia sudah kaku tak bernyawa. Jam 1 pagi saya dapat tahu, saya terus tutup cafe. Dari Perak saya ke Hospital Selayang.

Alhamdulillah sempat jugak. Saya kapankan Arwah, saya Solatkan Arwah, saya usungkan Jenazah Arwah. Sempat jugak saya kucup dahi Arwah untuk kali terakhir. Wajah dia jelas tersenyum. Jika benar didahi dia tertera Kalimah Allah sebelum ajal menjemput, ingatlah, dia bukan Biasa-Biasa. Saya bgtau ni bukan tujuan utk riak atau sbgainya, tp hanya utk khabarkan, tiada apa lg yg mampu sy balas jasa baik Arwah melainkan iringan dan kiriman Doa. Saham akhirat Insan ini sebagai salah seorang Penyumbang kepada sebuah Sekolah Agama di Perlis pasti dihitung Allah. Allahuakbar.

Pak Yus, air mata saya mengalir ketika mana saya menulis status ini. Terima kasih atas tunjuk ajar kamu. Terima kasih atas ilmu dan nasihat dari Kamu.

Al-Fatihah untuk kamu wahai Abang, Kawan, Ayah.

Ternyata apa yang diperkatakan oleh orang ramai di laman sosial betul. Malah allahyarham juga dikatakan penyumbang kepada sebuah pusat pengajian Islam di utara.

P/S : Kehilangan yang amat dirasai penghibur masyarakat ini.AL-FATIHAH..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon