Monday, 21 December 2015

Punca Sebenar Kereta Meletup Di Petaling Jaya

Tags

BERIKUTAN kebakaran beberapa kenderaan di tempat kereta di Taman jaya polis berjaya menemui punca atau kemungkinan daripada masalah rumah tangga pemilik kenderaan tersebut.

Menurut polis, siasatan awal mendapati seorang lelaki bermotosikal telah menghampiri sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu sebelum bertindak membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang kenderaan itu.

Seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 20-an, yang berada dalam kereta bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api marak membakar kenderaan itu.

"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenali suspek dan mereka dipercayai mempunyai masalah rumahtangga dan dalam proses perceraian," katanya kepada pemberita mengenai kebakaran kira-kira 1 tengah hari itu.

Selain Proton Wira berkenaan, lima kereta lain yang diletakkan berhampiran turut terbakar dengan gambar-gambar yang menunjukkan kebakaran dan asap tebal kejadian itu menjadi viral di laman sosial.

Mohd Zani menegaskan, dakwaan terdapat letupan bom di lokasi kejadian seperti yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar dan meminta orang ramai menghentikan penyebaran berita sumpama itu.

"Saya ingin memberi peringatan bahawa menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya menyebarkan berita tidak benar," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan tiada sebarang letupan bom berlaku dalam insiden itu.

"Seseorang telah menyebabkan kebakaran sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Taman Jaya, Petaling Jaya, tiada letupan bom @PDRM masih menyiasat perbuatan khianat dengan menggunakan api ini," katanya dalam catatan di laman Twitter.

Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Siti, 30-an, berkata kepulan asap mengejutkannya yang sedang makan tengah hari di premis berhampiran sebelum melihat orang ramai mengalihkan kenderaan masing-masing dari lokasi kebakaran.

"Sebelum nampak asap tebal, terdapat bau asap yang sangat kuat namun saya tidak menjangka terdapat kebakaran melibatkan beberapa kereta, dan paling membimbangkan ia berlaku berhampiran pencawang TNB," katanya.

Kebakaran itu menyebabkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Wira terbakar sepenuhnya manakala sebuah Suzuki Swift terbakar 80 peratus dan Proton BLM (70 peratus). Sebuah Proton Gen2 dan kereta jenis Honda pula terbakar 20 peratus.

Kebakaran bermula dari kereta Proton Wira sebelum merebak ke kenderaan lain yang diletakkan berhampiran. Api dipadamkan sepenuhnya pada 1.32 tengah hari.

P/S : Masalah rumahtangga jangan dibawa keluar, Kan sudah menyusahkan orang lain.

Kredit : Sinarharian

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon