Tuesday, 15 December 2015

Permohonan Kad Diskaun KTMB Pelajar Tahun 2016

Tags

SATU berita gembira yang kami terima buat pelajar Kolej atau Universiti di pusat bandar boleh menikmati kadar tambang istimewa diberi diskaun sebanyak 50% dengan menunjukkan kad yang dipanggil KTM-i Card di kaunter berkuasakuasa mulai 7 Januari 2016. Tempoh percubaan sebulan diberikan untuk mereka mendapatkan kad KTMB i-Card Student.

Ini adalah sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh mereka yang bukan pelajar institusi pengajian tinggi atau telah tamat pengajian.

Syarat Permohononan

- Pelajar Kolej/Universiti di Malaysia.
- Terbuka untuk semua warga negara.
- Yuran tahunan RM30.00.
- Surat pengesahan pelajar Kolej/Universiti mesti disertakan.
- Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.

Cara Memohon

- Pemohon mesti mengisi Borang.
- Permohonan KTMB i-Card.
- Sertakan bersama surat pengesahan Kolej/Universiti.Yuran dibayar secara tunai.
- Proses permohon boleh dilakukan di kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral.
- Operasi kaunter adalah dari hari Isnin – Jumaat .
- Waktu operasi kaunter adalah dari jam 0800 sehingga 2030.
- Borang permohonan dan surat pengesahan pelajar/borang boleh dimuat naik di www.ktmb.com.my atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.

P/S : Semoga dapat menjadi manfaat dan panduan untuk pelajar.

Kredit : melvister

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon