Saturday, 19 December 2015

Perbezaan Kehidupan Barack Obama Dan Adiknya Goerge Hussein Yang Ramai Tidak Tahu

MUNGKIN adiknya tidak inginkan kemewahan dalam hidup dan lebih selesa hidup bersederhana. Akan tetapi perbezaan yang amat ketara apabila melihat situasi yang mereka berdua.

Jika Barack Obama tinggal di rumah Putih serba mewah dengan pesawat canggih Air Force One, adiknya pula, George Hussein Obama,30 tinggal di dalam pondok buruk satu bilik berdindingkan zink di perkampungan Huruma, kawasan setinggan terkenal di Nairobi.
Kedua-dua beradik ini berkongsi bapa yang sama, tetapi berlainan ibu. Barrack Obama dilahirkan di Hawai, daripada isteri kedua bapanya, manakala George Hussein Obama pula daripada isteri keempat dilahirkan di Kenya.
Barack Obama dan bapa beliau, Barack Obama Sr. Di lapangan terbang Honolulu pada tahun 1971 
Bapa mereka, Barack Snr bertemu dan berkenalan dengan Ann Dunham, seorang ahli akademik Amerika dan ahli antropologi.

Walaupun pada hakikatnya dia telah berkahwin dengan seorang wanita di Kenya, beliau mendakwa telah bercerai. Barack Snr berkahwin dengan Ann pada tahun 1961 apabila Ann sudah mengandung tiga bulan dengan Barack.

Apabila Obama Snr melanjutkan pengajian di Harvard, beliau terus mempunyai urusan lain dan berpisah dengan Ann pada tahun 1964.

Akhirnya dia kembali ke Kenya meninggalkan Barack di Hawaii dan menjadi seorang pemabuk terlampau. Selepas George lahir dengan isteri keempat, Yael, di Kenya, beliau meninggal dunia semasa George berusia enam bulan kerana kemalangan kereta pada tahun 1982.
George Hussein Obama Adik tiri Barack Obama 
George membesar di pinggir bandar kelas pertengahan Nairobi dengan ibunya, yang berkahwin semula dengan seorang lelaki kulit putih, seorang pekerja bantuan Perancis. sebenarnya dia begitu kesal dengan kehidupannya berbapakan lelaki kulit putih.
George mula minum dan menghisap ganja pada usia sepuluh tahun dan lima tahun kemudian dia telah dibuang daripada sekolah berasrama penuh tempat beliau bermain ragbi dan belajar bahasa asing kerana mengambil dadah.
Kawasan Perumahan setinggan yang sesak dan kotor, tempat penagihan dadah dan alkoholik menjadi tempat tinggal adik Presiden US
Bekas penagih dadah dan arak ini berhijrah ke Nairobi di kawasan perumahan miskin dengan alasan nama keluarganya menjadi beban kepadanya sejak Barack Obama menjadi Presiden Amerika.

Beliau kini merupakan penyelaras Huruma Football Club, sebuah pasukan perbandaran yang terdiri daripada anak-anak yatim, bekas banduan dan penagih dadah.

P/S : Semoga adik beliau mendapat keselesaan yang secukupnya.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon