Friday, 18 December 2015

Penjelasan PTPTN Pemotongan Gaji Secara Mandatori Bagi Penjawat Awam Yang Ingkar

Tags

KINI VIRAL di laman sosial apabila tersebar slip atau penyata gaji bagi penjawat awam dimana PTPTN telah mengambil langkah yang sangat keterlaluan dengan melaksanakan pemotongan secara mandatori terhadap peminjam tegar terutama peminjam yang mendapat pekerjaan dibawah perkhidmatan awam.

Disamping itu, pemotongan pinjaman PTPTN secara drastik hanya dilakukan bagi peminjam yang ingat yang mempunyai pembayaran bulanan tertunggak atau tidak pernah membayar PTPTN sejak jadual pembayaran telah dikeluarkan. Untuk info, pemotongan gaji berjadual telah dilaksanakan sejak 1 September 2015 dan diwajibkan bagi penjawat awam sahaja. Manakala bagi penjawat awam yang mempunyai pembayaran tertunggak, pemotongan secara mandotori telah dilaksanakan mulai Disember 2015. Maklumat tambahan dari PTPTN, pelaksanaan ini juga akan dilaksanakan secara berperingkat kepada pekerja sektor swasta mulai 2016.

Penjelasan PTPTN Potong Mandatori Gaji Penjawat Awam

Menerusi kenyataan rasmi PTPTN, pelaksanaan pemotongan mandatori PTPTN menerusi gaji penjawat awam telah dilaksanakan mulai Disember 2015. Kira-kira seramai 13,000 penjawat awam telah mengalami pemotongan pinajaman PTPTN secara drastik berikutan ingkar membayar semula pinjaman pelajaran tersebut. Sebelum membuat potongan gaji mandatori ini, PTPTN telah pos surat arahan rundingan untuk bayaran balik pembiayaan PTPTN (dalam masa 14 hari). Ingkar dengan surat arahan tersebut, pihak PTPTN telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan pemotongan tertunggak sekaligus. Walaubagaimanapun, peminjam boleh ke kaunter PTPTN untuk rundingan semula potongan gaji mengikut jadual byran balik sebenar.

Contoh Pemotongan Mandatori PTPTN Gaji Penjawat Awam
Notis PTPTN Potong Mandatori Gaji Penjawat Awam
P/S : Usahlah terlalu kejam dalam mendapatkan wang semula sehingga tidak berfikir apa yang dilakukan. Kami juga ada keluarga untuk menjaga makan dan minum mereka semua.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon