Tuesday, 29 December 2015

Penetapan Harga Baru Top Up Kredit Mulai 1 Januari 2016

Tags

ISU kadar GST dicaj pada penambahan top up membuatkan rakyat menyuarakan pendapat supaya nilai GST tidak harus diambil kerana gadjet adalah satu sumber penting buat masa kini untuk berhubung antara satu sama lain.

Syarikat Telco yang bertapak di Malaysi telah bersetuju mengembalikan harga asal kad prabayar pada kadar sebelum April berkuatakuasa mulai 1 Januari 2016Namun, GST sebanyak 6 peratus akan ditolak daripada jumlah prabayar namun akan dikreditkan semula dalam tempoh 24 jam.

Penetapan Harga Baru Top Up Kredit Mulai 1 Januari 2016

Tarikh Berkuatkuasa: Mulai 1 Januari 2016

Beli Kredit RM10: Dibayar pada nilai sama RM10

Info Pengisian: Sebaik sahaja kod reload diaktifkan, GST sebanyak 6 peratus akan dipotong. Contohnya, isi RM10 hanya RM9.43 sahaja akan dikreditkan manakala RM0.57 lagi dipotong sebagai cas GST. Namun, RM0.57 ini akan dikreditkan semula dalam tempoh 24 jam menjadikan nilai kredit anda sebenar adalah rm10.

Tempoh Mekanisme Format Baru Top Up: Mulai 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016

Rebat GST: Bagi pengguna yang telah membayar GST kepada harga TOP UP selepas April 2015, refund GST akan dikreditkan secara berperingkat oleh Syarikat Telco anda mulai 1 Januari 2016.

P/S : Harapan penulis minta pihak berwajib meneliti dengan terperinci supaya tidak ada sebarang penipuan.

Kredit : melvister

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon