Tuesday, 29 December 2015

Neelofa Kongsi Tips Untuk Jadi Jutawan Muda

Tags

SIAPA tidak kenal dengan artis jelitawan tanah air iaitu Neelofa yang baru berusia 26 tahun sudah bergelar jutawan muda apabila permintaan rekaan tudungnya mendapat sambutan yang sangat hebat. Neelofa kongsikan beberapa tips untuk menjadi jutawan muda sebelum berumur 30-an.
Pengacara “Meletop” itu berkata, usia muda bukan halangan untuk mencipta sesuatu yang besar, yang penting fokus, kesungguhan dan kerja berpasukan.

Media antarabangsa BBC baru-baru ini melaporkan, jenama tudung miliknya sekeluarga, Naelofar Hijab meraih jualan RM50 juta tahun 2015, dua kali ganda jumlah sasaran asal.

Mengenakan harga tidak melebihi RM100 setiap satu produk, Naelofar Hijab bukan sahaja memiliki 700 pengedar seluruh Malaysia, malah di Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda, dan Amerika Syarikat, selain menguasai pasaran tudung di Internet.

Minggu lepas, Naelofar telah mengadakan jualan khas sempena perayaan Boxing Day, menarik ratusan peminat jenama itu ke ibu pejabatnya di Taman Tun Dr Ismail.
Sebagai inspirasi kepada orang muda, Neelofa berkata dirinya menggunakan laman sosial untuk menyampaikan ilmu perniagaan.

“Saya selalu berkongsi hal berkaitan bisnes di Facebook, Twitter dan Instagram dan ia mendapat sambutan.

“Secara tak langsung pengikut saya akan tahu bagaimana cara saya bekerja.

“Saya rasa dengan cara itu saya boleh memberi semula kepada masyarakat dan ia sesuatu yang membahagiakan,” katanya yang kini sedang bercuti sambil belajar di New York.

Pelakon filem “Azura 2012” itu memiliki 1.4 juta pengikut di Twitter dan 2.2 juta pengikut di Facebook, kini produk jenamanya menjadi salah satu yang terbesar di Malaysia dan mengintai pasaran eksport selain Singapura dan Brunei.

P/S : Rezeki mencurah-curah selepas menutup auratnya..ALHAMDULILLAH

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon