Monday, 21 December 2015

Lelaki Ini Tunjuk Isyarat Lucah Pada Sultan Johor

Tags

PADAH apabila seorang lelaki bertindak menunjuk isyarat lucah pada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Kejadian berlaku di Lebuhraya Utara Selatan di Yong Peng. Lelaki tersebut membawa kenderaan viva berwarna putih penuh dengan sticker kartun pada keretanya.

Ketika kejadian jam 11.20 pagi itu, Sultan Ibrahim yang menaiki kereta Porsche Cayenne S diiringi oleh beberapa pegawai polis yang dalam perjalanan pulang dari Muar ke Johor Bahru.

Lelaki tersebut mengangkat penumbuk dan juga menunjukkan isyarat lucah kepada Sultan Johor. Lelaki ini berasal dari Serendah, Selangor.

Sultan Ibrahim serta merta memberhentikan kenderaannya dan mengarahkan anggota polis yang mengiringinya menahan lelaki terbabit.

Md Aris yang dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibu bapanya di Parit Raja, Johor, mengakui sengaja melakukan perbuatan biadab dan kurang ajar itu. Namun tidak menyangka bahawa orang di dalam kereta tersebut adalah Sultan Ibrahim.

Ekoran itu, Md Aris ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun yang sama.

P/S : Mungkin lelaki tersebut ingat kereta PM yang sebelum ini tidak diberi laluan ketika berada di jalan raya.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon