Tuesday, 22 December 2015

Lelaki Cina Biadab 'Kita Tengok Berapa Lama Rayani Air Boleh Survive'

Tags

BEBERAPA individu berbangsa cina telah melakukan perkara yang menyentuh hak agama di Malaysia yang mana kita tahu mereka adalah penumpang di negara Malaysia ini. Baru-baru ini pihak Rayani Air telah melancarkan penerbangan berkongsepkan islam dan syariah untuk kemudahan pengguna dan juga mengharamkan segala makan yang tidak HALAL dan minuman keras di atas kapal terbang milik Rayani Air. Tetapi timbul isu dek beberapa individu yang mengutuk dan memberi reaksi yang kurang senang buat syarikat Rayani Air.

Antara biadab dan kurang ajar serta hilangnya hormat pada agama lain, yang mana paling sesuai untuk dipadankan dengan kata-kata mereka?

Vintonio Xian, memuat naik perkongsian berita mengenai Rayani Air di laman Facebooknya, semalam. Dalam ruangan komen, Vintonio dan beberapa rakannya melemparkan pandangan yang tidak baik terhadap syarikat penerbangan tersebut.

Mereka mempertikaikan dan mentertawakan operasi kerja Rayani Air yang ditutup pada setiap hari Jumaat.
Tindakan mereka mempersendakan usaha syarikat penerbangan baru dan agama Islam adalah amat tidak wajar. Seharusnya mereka turut menyokong usaha Rayani Air dalam merancakkan sektor penerbangan awam yang juga memberikan banyak pilihan kepada pengguna.

Bagaimanapun, Vintonio Xian dan rakan-rakannya tampil memohon maaf di atas komen-komennya yang agak keterlaluan itu.
Difahamkan, individu-individu terbabit akan bersemuka dengan pihak yang terlibat untuk meminta maaf secara terbuka di kafeteria Wisma PTPT pada jam 6 petang ini.

P/S : Xperlu rasa menjatuhkan orang yang baru membina satu-satu perniagaan.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon