Wednesday, 30 December 2015

Kisah Zulkifli & Keluarga Pertahankan Diri Jadi Viral

Tags

NAMA Zulkifli menjadi sebutan dan menjadi perhatian netizen apabila tindakan undang-undang telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh seorang PEROMPAK. Adakah ia satu hukuman yang adil kepada beliau?Encik Zulkifli, 50, kini berada dalam tahanan sementara menanti perbicaraan bawah seksyen 302 dan 326 kerana mengakibatkan kematian perompak.

Seorang bapa yang telah membunuh perompak ketika menceroboh masuk rumah milik lelaki tersebut. Demi mempertahankan diri dari dicederakan lelaki tersebut telah berjaya menikam perompak yang mengeledah masuk dan keluarga tersebut berjaya menyelamatkan diri.
Sebelum ini beberapa lagi kes yang sama seperti Zulkifli ini telah dijatuhkan hukuman yang menjadi kritikan netizen kerana ia adalah tidak wajar sama sekali. Kes sebelum ini adalah seorang wanita berbangsa india telah menikam seorang lelaki bertindak merogol beliau dan beliau telah menikam perogol tersebut. Kes ini dijatuhkan bunuh tanpa niat dan beliau kini dipenjarakan. ADILKAH??
Lagi kes melibatkan bapa dan anak telah membunuh seorang perompak ketika menceroboh rumah. Bapa dan anak telah berjaya membunuh perompak tersebut, namun bapa dan anak itu bakal berdepan hukuman gantung walaupun niat untuk pertahankan keluarga dari diapa-apakan. ADILKAH??

Sebaiknya pihak-pihak perlu menukar undang-undang apabila terjadinya kes seperti ini kerana tindakan dan hukuman seperti ini tidak sepatutnya diwujudkan kerana ia bukan satu pembunuhan yang dirancang tetapi pembunuhan terjadi apabila hak kita telah dijajah dan dirompak oleh perompak. Jika anda berada disituasi beliau, adakah anda berdiam diri apabila rumah anda telah dicerobohi atau biarkan saja mereka mengambil apa sahaja??

Konklusinya, jika rumah anda di masuk perompak, serahkanlah segala harta yang anda ada, bagi kad atm bersama no pin, ajak perompak pergi bank buat personal loan maksimum bagi pada perompak, tadah muka untuk dilibas dengan parang oleh perompak, paling power serahlah anak bini untuk di rogol oleh perompak.

P/S : Mohon pihak-pihak yang terlibat pertimbangkan hukuman tersebut kerana ia adalah tidak wajar dihukum sebegitu rupa.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon