Tuesday, 8 December 2015

Kisah Sebenar Crayon Shin Chan Diterbitkan Dalam Animasi Karton

Tags

DISEBALIK perwatakan yang sangat ceria telah diterjemahkan pada character Shin Chan tetapi ada sesuatu yang membuatkan anda mengalir mata bila terbaca dan tahu kisah sebenar kenapa Shin Chan ini diterbitkan dalam animasi kartun. Watak kenakalan dan kelincahan membuat ramai meminati kartun tersebut tidak kira kanak kanak dan dewasa.

Sebenarnya Shin Chan dan adiknya himawari wujud dalam dunia nyata sebelum watak tersebut wujud dalam anime. Shinchan diwujudkan dari imaginasi ibunya Misae Nohara (ibu shin chan). Ini kerana mengubat kerindui Misae terhadap mendiang shin chan dan mendiang himawari. Mendiang meninggal kerana kemalangan yang meragut nyawa kedua kedua anaknya.

Oleh kerana itu, misae mengalami tekanan jiwa yang teramat sangat dan menjalani rawatan dengan menulis diari mengenai mendiang anak anaknya. Dan cerita Shinchan bermula pada tahun 13 April 1992. Dan sehingga kini cik en cuba mencari episod pertama yang memaparkan kisah sedih ini, tapi tidak menjumpainya, hanya cerita shin chan biasa dan tidak menjumpainya, mungkin ada pembaca cik en yang tahu? Seorang pengguna FB menambah.
Shin Chan dia mati ketika umur 5 tahun dalam satu kemalangan ketika nak selamatkan Himawari yang sedang melintas jalan. Kedua beradik mati. Ibunya telah menjumpai krayon di tengah jalan di tempat kemalangan tersebut.

P/S : Sedih bila mengenang kisah Crayon Shin Chan yang sebenar nie.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon