Friday, 25 December 2015

Kisah Benar Kerana Cinta Lelaki Ini Sanggup Mengayuh Basikal Dari India Ke Sweden

Tags

PENGORBANAN cinta adalah satu penghargaan yang cukup besar untuk pasangan yang akan bergelar sebagai suami isteri. Satu kisah yang malaysiaviralstory akan cerita dimana kisah ini benar terjadi dan telah dishare di laman sosial menjadi viral setelah menyentuh perasaan pembacanya.

Netizen itu menceritakan kisah seorang lelaki India bernama Dr. Pradyumna Kumar yang jatuh cinta dengan seorang wanita Sweden, Charlotte Von Schedvin.

Kisah yang berlangsung pada 1975 itu menyaksikan mereka selamat dikahwinkan. Namun, pada tahun 1978, wanita Sweden itu terpaksa pulang ke Sweden, manakala Kumar tidak mengikutinya kerana masih perlu menghabiskan pengajiannya.

Selepas berpisah untuk seketika, tibalah masanya untuk mereka tinggal bersama semula. Namun, atas masalah dan kekangan kewangan, Kumar telah menjual semua hartanya untuk membeli sebuah basikal.

Dari situ, dia nekad mengayuh basikal dari India hingga ke Sweden! Bayangkan, dengan jarak 4,000 km dan terpaksa melalui 8 buah negara berbeza.

Ia memakan masa hampir lima bulan untuk tiba ke tempat isterinya di Sweden! Kisah ini benar-benar terjadi dan bukan satu dongeng atau plot drama bersiri.

P/S: Seorang lelaki yang sanggup berkorban demi satu CINTA suci.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon