Saturday, 26 December 2015

Janna Nick Dikecam Kerana Tweet "MH 370 Ditemui"

Tags

KADANG kala gurau @ berjenaka mengenai nahas kapal terbang MH 370 yang melibatkan 239 nyawa adalah sesuatu yang sangat tidak kena pada tempat dan situasinya yang mana kita tahu kehilangan yang sangat misteri.Terbaru salah seorang artis baru iaitu Janna Nick bergurau mengenai kehilangan MH 370 telah mendapat kritikan yang sangat hebat di twitter.
UPDATE-1: Janna Nick telah pun memadam tweet berkenaan selain turut memohon maaf terhadap kesilapannya itu.

Didalam sedutan pendek filem Dilwale yang menampilkan pelakon utama menari di atas pesawat, Caption ringkas "MH 370 Ditemui". Itu sudah cukup menimbulkan teguran dan juga kritikan dan ada juga yang menyokong pelakon baru ini hanya berniat untuk berjenaka.

Apa pun, jelas sekali apa yang disampaikan oleh Janna adalah menyentuh sensitiviti keluarga mangsa tragedi yang terlibat. Tahniah Janna, anda berjaya menambah seri penghujung tahun bagi memeriahkan industri seni tanah air dengan kontroversi.
P/S : Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi. Manusia tidak sempurna kadang kala kita nampak kelemahan dan kelebihan pada diri ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon