Monday, 21 December 2015

Gambar Pelajar UITM Maut Kemalangan Di LPT2

Tags

LALUAN LPT2 adalah satu laluan yang paling banyak berlakunya kemalangan. Anggaran setiap hari berlakunya pelanggaran tidak kira lah yang hidup atau mati.

Satu lagi berita kami terima seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub yang dalam perjalanan pulang dari ziarah sahabat dan bekas pensyarahnya di UiTM Dungun maut selepas kereta dinaikinya bersama seorang rakannya terbabas di Kilometer 271.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat Cheneh, jam 10.45 pagi tadi.

Dalam nahas tersebut pemandu tercampak keluar dari kereta Perodua Myvi dipandunya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, penumpang kereta berkenaan, Roslan Ali, 19, pula terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang besi sebelah kiri jalan sebelum kenderaan itu berpusing dan pemandunya tercampak keluar ke atas jalan," katanya.

Siti Naima yang beralamat di Taman Seri Lambak, Kluang, Johor dan rakannya itu datang ke Dungun semalam untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

Mayat penuntut program diploma pentadbiran awam itu tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kemaman pada jam 12.30 tengah hari untuk bedah siasat.

Biodata Mangsa

Nama: Siti Naima Samsudin
Umur: 19 tahun
Pelajar: Universiti Teknologi Mara (UiTM)
penuntut semester empat Jurusan Pentadbiran Awam
Asal:Kluang, Johor

Gambar Kemalangan Di LPT2
Gambar Mangsa Yang Meninggal Dunia
P/S : Ajal maut ditangan TUHAN. Mati itu pasti..Sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon