Monday, 28 December 2015

Gambar Mihun Diproses Yang Amat Menjijikkan

Tags

MIHUN adalah satu makanan seperti maggi yang dipilih untuk menggantikan dengan nasi. makan ini merupakan makanan kegemaran ramai, sesuai untuk dihidang sebagai sarapan pagi ataupun minum petang.

Akan tetapi di Dongguan, China baru-baru ini, tersebar di laman sosial gambar yang menunjukkan mihun ini diproses sebelum dijual ke pasaran dan dibeli oleh pengguna yang menghidangkan makanan tersebut.

Gambar yang diambil menunjukkan betapa para pekerja di sana tidak menjaga kebersihan yang sememangnya penting terutama dalam memproses barang makanan.
Mihun yang berselerak di atas lantai dipijak-pijak oleh pekerja di sana. Lebih menggelikan tekak apabila ada juga pekerja yang tidur lena di atas longgokan mi berkenaan.

Cuba bayangkan, mihun yang dibiar atas lantai ini dihinggap oleh sang semut, tikus dan beberapa serangga pembawa kuman lain?
P/S : Harap pihak berwajib mengambil tindakan dan memberhentikan pengambilan makanan seperti ini. JIJIK.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon