Thursday, 31 December 2015

Gambar Menara KL118 Bakal Menjadi Menara Paling Tertinggi Di Malaysia

Tags

PADA 4 tahun yang akan datang pada tahun 2020, KLCC bukan lagi menjadi bangunan yang tertinggi dimiliki oleh negara Malaysia, ini kerana kemunculan Menara baru yang diberi nama KL118 oleh pengurus milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) selaku pemilik projek KL118 yang akan menjadi antara 10 struktur bangunan tertinggi di dunia apabila dijangka siap pada tahun 2020.
Bangunan yang diberi gelaran KL118 direka khas oleh seni bina Syarikat Australia Fender Katsalidis Arkitek dan akan mengatasi Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat (452) sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan menjadi mercu tanda baru di pusat bandar raya Kuala Lumpur.
KL118 adalah sebahagian daripada kompleks yang lebih besar pembangunan dikenali sebagai Warisan Merdeka, yang akan menampilkan empat menara kediaman dan pusat membeli-belah. Kemunculan menara yang gah ini pasti akan memperkenalkan lagi Malaysia di persada dunia sekaligus menarik perhatian orang luar serta pelancong untuk datang ke Malaysia.

P/S : Sama-sama kita nantikan menara yang amat AMAZING ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon