Saturday, 26 December 2015

Gambar Anak Lelaki Shah Rukh Khan Bersosial Cetus Kontroversi

Tags

JIKA anda seorang yang meminati Filem Hindustan anda mesti tidak akan pernah melupakan seorang karakter yang sangat popular iaitu SHAH RUKH KHAN (SRK) merupakan antara nama yang paling berpengaruh dalam insdustri Filem Hindustan.

VIRAL seketika, namanya menjadi sebutan nitezin apabila mengeluarkan filem terbaru bersama pasangan yang sudah lama tidak berganding iaitu Kajol dalam filem terbaru Dilwale yang baru disiarkan di kebanyakan panggung wayang di seluruh dunia.

Mungkin disebabkan aura populariti yang dimiliki SRK ini, bukan sahaja dirinya selalu mendapat perhatian dan tumpuan dunia, malahan kini anak lelakinya juga terkena tempias berkenaan.

Terbaharu, foto anak lelakinya, Aryan Khan, 17 yang sedang berparti dan bergembira di kelab malam menjadi topik hangat media sosial di India.
Aryan dilihat menghabiskan masanya bersama teman rapatnya, Ahaan Pandey yang merupakan anak saudara kepada aktor Chucky Pandey.

SRK sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa anak-anaknya berasa janggal apabila gambar mereka diambil ketika bersama rakan-rakan mereka.
“Saya rasa perkara tersebut sangat kekok untuk mereka. Foto mereka diambil secara senyap sewaktu lepak bersama kawan-kawan. Mereka merasakan tindakan tersebut cukup aneh,”

Nama Aryan sebelum ini juga pernah mendapat perhatian ramai pihak apabila dia memuat naik sekeping gambar yang menampakkan tubuhnya yang berbadan sasa tanpa pakaian.

P/S : Harap SRK mendidik anaknya dengan sebaiknya.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon