Thursday, 17 December 2015

Gaji Bulanan Peminjam PTPTN Disapu Bersih Oleh PTPTN

Tags

MUNGKIN kerajaan telah terdesak untuk membayar hutang negara yang sangat banyak dengan melaksanakan pemotongan gaji sehingga melampaui hak pekerja awam di setiap jawatan. Disini kami ingin kongsikan dimana pihak PTPTN telah melakukan tindakan yang sangat tidak adil apabila menyapu bersih gaji peminjam wang PTPTN.

PERBADANAN Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) telah didakwa telah melakukan pemotongan gaji untuk melunaskan bayaran pinjaman pelajaran secara berlebihan, sehinggakan akaun bank seorang pekerja kerajaan cuma tinggal baki sifar selepas potongan dibuat.
Menerusi sebuah gambar yang kini tersebar, ramai terkejut besar melihat jumlah yang besar iaitu RM 1,791 direkodkan telah dipotong daripada gaji pekerja terbabit.

Akibatnya gaji bersih RM 2,000 yang sepatutnya diterima habis licin ‘disapu’ PTPTN.

Peminjam terbabit dikatakan memang tidak pernah membayar kepada PTPTN sebelum ini namun potongan gaji dalam jumlah sebegitu besar telah membuatkannya ‘kusut’ kerana tidak mempunyai wang yang tinggal untuk dibelanjakan.
Carian kami di Internet mendapati, kes potongan gaji secara ‘automatik’ ini sebenarnya telah pun dikuatkuasakan sejak September 2015.

Bagaimana pun potongan ini hanya dikenakan kepada peminjam yang ingkar membuat bayaran dalam tempoh 6 bulan dan mencapai tahap gaji minimun.

Sebelum peminjam dikenakan potongan gaji secara automatik ini, pihak pengurusan PTPTN terlebih dahulu akan mengkaji latar belakang kewangan peminjam tersebut dan memutuskan jumlah yang sesuai supaya ia tidak membebankan, sehinggalah selesai pembayaran balik dibuat.

Namun apa yang menghairankan, sekiranya pihak PTPTN terlebih dahulu mengkaji latar belakang peminjam, mengapakah terjadi perkara seperti ini yang membuatkan si peminjam seakan ‘muflis’ seketika.

Apa-apa pun kami sarankan semua peminjam PTPTN sentiasa sedar bahawa pinjaman pendidikan yang diterima mereka dikenakan kadar faedah paling rendah dan ianya bukanlah satu bentuk biasiswa yang tidak perlu dibayar semula.

LAGI KES GAJI BULANAN HABIS DIBERIKAN PADA PIHAK PTPTN
P/S : YA ALLAH...Berikanlah jalan untuk kami memudahkan kehidupan seharian kami bergelar sebagai rakyat MALAYSIA. Semakin hari semakin ditindas...

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon