Thursday, 24 December 2015

Doa Keberkatan Rakyat Malaysia Seorang Isteri Bertarung Nyawa Menghidap Kanser "Advance"

Tags

MELIHAT dengan mata kasar apabila seorang isteri bertarung nyawa dengan penyakit. Si suami sedikit pun tidak mengeluh untuk menjaga isteri yang menghidap kanser tahap "Advance".

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” diceritakan kisah sepasang suami isteri yang viral di laman sosial facebook mengundang kprihatinan dan doa oleh netizen yang tahu akan kisah isteri telah menghidap penyakit kanser tahap "Advance".
Puluhan ribu netizen berkongsi akan kisah sedih yang diharungi bersama suami isteri yang sangat bahagia ini menerusi Facebook Fdaus Ahmad yang telah menulis kisah Hafiz dan Laila ini. Bermulanya perasaan aneh apabila beliau melihat gambar rakannya yang begitu meriah menyambut ulang tahun perkahwinan Hafiz dan Laila ini hinggalah dia mengetahui perkara sebenar mengenai isteri Hafiz.
Setiap perkara yang dilakukan adalah untuk mengumpul detik bahagia bersama dan doa daripada Hafiz dan rakan rakan tidak pernah putus agar ulangtahun yang disambut itu bukan yang terakhir kali. Semoga kedua pasangan ini diberi kekuatan dan tabah menghadapi segala ujian.
P/S : Sama-sama kita mendoakan agar Puan Laila diberikan kesihatan yang sempurna dan berjaya untuk sembuh dari segalanya.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon