Sunday, 27 December 2015

Cara Urus Kewangan Bagi Pasangan Pengantin Baru

Tags

PENGURUSAN KEWANGAN adalah satu cara mengatur urusan kewangan dengan bijak agar tidak berlaku perbelanjaan yang boros dan menerima keburukannya. Untuk pengantin baru yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan perbincangan haruslah baik dan teratur dan pengurusan kewangan perlu dilaksanakan dengan cukup sempurna.

Ketahui kebaikan dan keburukan dari setiap tindakan yang anda lakukan. Disini malaysiaviralstory kongsikan beberapa tips untuk anda rujuk dan merancang segala perbelanjaan anda.

1. Berbincang mengenai kewangan
Jadikan topik kewangan sebagai kepentingan utama bersama pasangan bermula dari sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Pastikan anda berdua memahami kepentingan perancangan kewangan agar tidak terbeban hutang sebelum dan selepas majlis perkahwinan.

2. Menetapkan matlamat simpanan anda
Tetapkan matlamat untuk setiap simpanan. Sebagai contoh, adakah simpanan ini untuk digunakan masa hari persaraan anda atau untuk simpanan pendidikan anak-anak dan sebagainya.

3. Membuka dan kongsi akaun bank bersama

Pada masa kini anda boleh menggabungkan akaun bank bersama pasangan. Contohnya, pembelian rumah akan melibatkan pembayaran dari kedua-dua belah pihak. Maka, toleransi dan kerjasama dengan pasangan perlu dieratkan agar permasalahan kewangan dapat diselesaikan secepat mungkin.

4. Menyediakan tabungan di rumah
Sediakan simpanan tabungan di rumah, sama ada simpanan wang kertas RM1 atau syiling. Ini sangat penting untuk kegunaan di masa yang tidak terduga.

5. Merangka bajet kewangan anda dan suami
Rangka bajet penggunaan duit untuk makanan, makan di restoran, dan hiburan untuk sebulan. Ketepikan duit perbelanjaan dan simpanan. Anda tidak boleh berbelanja melebihi had. Di samping itu, hutang juga dapat dielakkan.

6. Berbelanja mengikut bajet yang ditetapkan
Anda perlu pastikan duit belanja harian adalah mencukupi. Sebagai contoh, agihkan perbelanjaan harian di dalam sampul surat untuk sehari. Dengan itu, anda akan lebih berhati-hati dalam berbelanja.

7. Melakukan mesyuarat kewangan secara mingguan dan bulanan
Bincangkan bajet bulanan bersama suami, dan lunaskan segala hutang terlebih dahulu untuk bulan tersebut. Dengan ini, wang anda akan lebih mudah untuk diuruskan pada peringkat seterusnya.

8. Memulakan simpanan persaraan
Simpanan kewangan amat penting di hari ‘usia emas’ anda nanti. Jangan menangguh simpanan persaraan yang penting buat anda dan pasangan.

9. Mengelakkan dari berhutang
Ketahui jumlah hutang anda dan mencatatkan segala hutang yang telah dilangsaikan. Mulakan hari anda tanpa bebanan hutang.

P/S: Semoga menjadi sumber rujukan dan panduan untuk pengantin baru dan masyarakat di luar sana.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon