Sunday, 20 December 2015

Berita Semasa Gegaran Gempa Bumi Di Tawau Sabah 21 Disember 2015

Tags

PADA pagi tadi Tawau Sabah dikejutkan dengan gegaran kuat pada jam 2.50 pagi. Gegaran tersebut dipercayai berlaku selama 5 hingga 10 saat dan turut dirasai oleh orang ramai terutama sekali penduduk di sekita Tawau Sabah.

Selain itu, difahamkan juga telah berlaku gempa bumi bermagnitud 6.1 skala richter yang berpusat di Tarakan, Kalimantan Timur Indonesia. Kesan gegaran turut dirasai sekitar daerah Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau. Bagaimanapun, tiada ancaman Tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi berkenaan.

Gempa bumi bermagnitud 6.1 Skala Richter berpusat di Tarakan Kalimantan Indonesia telah berlaku lebih kurang pada jam 2.47 Pagi Isnin 21 Disember 2015.
Kenyataan Rasmi Jabatan Metereologi Malaysia 21 Disember 2015
Jabatan Metereologi Malaysia turut mengesahkan berlaku gempa bumi di Tarakan Indonesia yang terletak 96KM dari Barat Daya ke arah Tawau. Gegaran paling kuat dirasai di daerah Tawau Sabah.

Gambar Suasana Gegaran di Tawau Sabah 21 Disember 2015
Berita Terkini Gegaran Gempa Bumi Tawau Sabah 21.12.2015
Gegaran gempa bumi yang berlaku pada jam 2.50 pagi Isnin 21 Disember 2015 turut dirasai penduduk terutama di Tawau, Lahad Datu dan Semporna Sabah.

P/S : Semoga tiada sebarang kecederaan dan kecelakaan yang berlaku di Tawau sabah dan juga semoga dijauhkan segala bala dan bencana alam.

Sumber : melvister

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon